Warta SK Batu 29

Another excellent Edublogs.org weblog

Majlis Watikah Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber dan Pengawas ICT

Ahad, 22hb Februari 2008 – Satu majlis penyerahan watikah perlantikan bagi ketiga-tiga cawangan pengawas sekolah iaitu Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan Pengawas ICT Sekolah telah diadakan di perhimpunan mingguan sekolah pagi tadi. Majlis telah disempurnakan oleh Yg. Berusaha En. Abdullah bin Awang, Guru Besar SK Batu 29. Beliau berharap agar ketiga-tiga cawangan pengawas sekolah tersebut akan menjalankan tugas mereka dengan penuh rasa tanggungjawab dan juga akan menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak sekolah. Di dalam majlis tersebut, Ahmad Badri Mat Yusof dan Wan Anis Farhana Wan Mohd Zain masing-masing telah diumumkan sebagai Ketua Pengawas Lelaki dan Perempuan Sekolah manakala Nik Mohd. Amir Syafiq bin Zelan dan Noor Alis binti Komarudin dilantik sebagai Penolong Ketua Pengawas Lelaki dan Perempuan Sekolah.

Wan Anis Farhana – Ketua Pengawas Sekolah (Perempuan)

Kejohanan Olahraga Tahunan Peringkat Sekolah Kali ke 17

Selasa, 10.02.2009 – Kejohanan ini dirasmikan oleh YDP PIBG SK Batu 29, Encik Roslee bin Awang. Ia berlansung dengan majlis perasmian yang bermula pada jam 2.30 petang.